Pages

Wednesday, June 22, 2011

Update ERS isi Karat nangka

Salam 1 Malaysia,

Pada 20hb Jun 2011(Isnin),KU sekali mempengerusikan mesyuarat mengemaskini keperluan dan gerak kerja bagi perlaksanaan ERS ini yang akan bermula mengikut fisiologi pokok nangka bagi pengeluaran pucuk baru (awal bulan Ogos 2011).
KU bersama dengan team ERS Hortikultur Pahang Barat

KU bersama dengan Pen.Pegawai Pertanian En.Saiful merangka gerak kerja ERS

Perjalanan mesyuarat sangat menarik berikutan penglibatan semua ahli,khususnya daripada KU,En Mohd Desa b Yassin yang sangat aktif dan berpengalam serta komited dengan perlaksanaan tugasan ini.
Perlaksanaan petak pemerhatian ini akan bermula 1/8/2011 sehingga 2012.
Segala keperluan input dibuat pengiraan mengikut aturan berpandukan manual/pakej nangka terkini, disamping memasukkan keperluan bagi rawatan untuk ERS ini.

Pelaksana petak ini akan melibatkan semua pegawai untuk setiap rawatan (T0,T1,T2 & T3) dengan 5 replikasi (pokok).
KU juga begitu teruja untuk melibatkan diri,di mana rangka kerja ini akan dibawanya juga ke Pusat Pengembangan Teknologi Pertanian di Bukit Goh,Kuantan.

Di sini nanti kita akan dapat melihat keputusan pemerhatian dari sudut pandangan yang berbeza berikutan keadaan setempat yang berbeza berkemungkinan akan mempengaruhi keputusan,misalnya. daripada perbezaan siri tanah ( PPTP Kg.Awah mempunyai siri tanah segamat manakala PPTP Bkt.Goh bersiri kuantan)

Jabatan Pertanian Negeri Pahang juga tidak ketinggal memainkan peranan penting bagi perlaksanaan petak pemerhatian ini untuk kepentingan bersama dalam menjalankan misi jabatan kepada golongan sasar.

 Mesyuarat telah menemui kata sepakat dan akan menyiapkan rangka kerja yang lengkap untuk KU membentangkan kepada Dato PPN sebelum 27hb Jun 2011.

Dan perbincangan ini telah ditangguhkan jam 6.15 petang.

0 comments: