Pages

Tuesday, May 31, 2011

SMO "Tropical agriculture product processing" - Part 2

(file in .pdf format)

Tropical agriculture products processing
by Prof. Li CongFa

Country Report Malaysia-China

Let us share this Learning Visit to China :
"Technology of Tropical Agriculture for Developing Countries"

Country Report Malaysia-China
18 May - 14 June 2010
Haikou,China

Yakinkah ANDA..

Kemahiran yang perlu didalami oleh seorang pegawai pengembangan;

Pengucapan awam

MINI MAHA PAHANG 2011

(Gambar ehsan daripada En.Khairuddin b. Ahmad & En Faizul b.Misran)



Keberangkatan tiba tetamu Diraja.

Syabas dan tahniah kepada warga Jabatan Pertanian Negeri Pahang dan semua Agensi-agensi dibawah Kementerian Pertanian 7 Industri Asas Tani atas kejayaan mengadakan MINI MAHA PAHANG 2011 yang julung-julung kali diadakan.

Majlis ini yang berlangsung selama tiga (3) hari mulai 27hb Mei 2011 (jumaat) hingga 29hb Mei 2011 (Ahad),telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang juga sempena memuliakan Hari Keputeraan Baginda yang berlangsung di Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan.

Menjunjung kasih Tuanku di atas kesudian mencemar Duli menyempurnakan acara ini.

Ruang pameran










Perbagai aktivi dan barangan hasil pertanian yang telah dipamerkan dan boleh ditemui disini untuk kunjungan semua.

Kuih yang sangat popular di Pekan,Pahang.






Dodol durian
 

Buah-buahan Nadir






Naga Buana











Cattleya spp





Moh aok,kite memancing...













Liputan media juga sangat menggalakkan bagi memperkenalkan dan memajukan produk-produk dalam industri pertanian kini.



Kunjungan orang ramai menjayakan pameran yang julung kali diadakan pada hari tersebut sangatlah di hargai.

p/s: walaupun diri (penulis) tidak dapat hadir atas sebab kesihatan ,sokongan padu dan kerjasama masih tetap dihulurkan,kepada pegawai Unit Hortikultur Pahang Barat yang bertugas pada hari itu terima kasih kerana menjalankan tugas dengan baik.



..........................syabas.










































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Friday, May 27, 2011

Maklumat Semasa

PENDAHULUAN :


Hortikultur merupakan satu daripada lima bahagian teknikal Jabatan Pertanian Negeri Pahang. Kewujudan bahagian ini adalah sebagai membantu perkhidmatan pengembangan dan penyampaian teknologi serta pengetahuan teknikal tanaman untuk mencapai standard Amalan pertanian Baik.


Bahagian ini juga telah mewujudkan beberapa Pusat Pengembangan Teknologi Pertanian (PPTP) diubah nama pada Januari 2010,yang mana asalnya adalah Stesen Pembangunan Komoditi (SPK) bagi membolehkan semua klien jabatan mendapat khidmat teknikal dan bahan rujukan serta sebagai tempat latihan. Terdapat empat (4) buah PPTP di Negeri Pahang iaitu di Janglau,Kuala Rompin, Bukit Goh,Kuantan dibawah penyelian Unit Hortikultur Pahang Timur manakala Kg Awah,Chenor,Maran dan Jambu Rias,Bentong pula dibawah seliaan unit Hortikultur Pahang Barat.


Dua pusat yang diiktiraf sebagai 'Center of Excellent' (COE) / Pusat Kecemerlangan Jabatan ialah di Janglau,Kuala Rompin dan Kg.Awah,Chenor,Maran.


Selain daripada pusat, Bahagian Hortikultur Pahang juga menempatkan tiga (3) unitnya iaitu di Unit Hortikultur Pahang Barat (berpejabat di PPTP Kg Awah), Pejabat Pertanian Daerah Raub dan Komplek Pertanian Tanah Rata,Cameron Highland.

Semua kakitangan yang bertugas di pusat dan unit Hortikultur telah ditugaskan untuk menjalankan aktiviti pengembangan dan latihan di lapangan (hands on) atau menyampaikan latihan mingguan (SMO/Subject Matter Officer)


Carta Ogranisasi Unit Hortikultur Pahang Barat


Carta Organisasi Bahagian Hortikultur Negeri Pahang
Carta Organisasi Bahagian Hortikultur negeri Pahang 2011


Maklumat berkaitan Pusat pengembangan Teknologi Pertanian Kg.Awah.


Maklumat berkaitan PPTP Jambu Rias

Semoga kami dapat mentransformasikan pengetahuan teknologi pertanian kepada semua.











Thursday, May 26, 2011

LAWATAN KERJA K/U HORTTIKULTUR PAHANG YANG BARU.

Warga Hortikultur Pahang khususnya Unit Pahang Barat mengalu-alukan kedatangan KuasaUsaha Hortikultur Pahang yang baru,iaitu En.mohd Desa b Yassin, yang melaporkan diri pada 16hb Mei 2011.

Unit Hortikultur Pahang Barat menerima lawatan kerja beliau pada 25hb Mei 2011 (Rabu).
Rangka kerja beliau yang daripada Putrajaya singgah di Pusat Pengembangan Teknologi Pertanian Jambu Rias,Bentong dan bertolak pula ke PPTP Kg Awah,Chenor,Maran.

Di PPTP Jambu Rias, ketua pusat sendiri,En Afandi Ibrahim telah memberi penerangan tentang pusat dan justifikasi kerja serta masalah dikawasan khidmatnya.

Manakala,Unit Hortikultur Pahang Barat yang berpejabat di PPTP Kg Awah,Penolong Pengarahnya sendiri,iaitu Pn.Noraidah bt Hj Musa telah memberi taklimat keseluruhan cawangan seliaanya.

Manakala ketua stesen PPTP Kg Awah,Pn Gan Hwee Yiam turut serta memberi penerangan dan membuat lawatan ladang bersama beliau.

Diharap dengan pengurusan tampuk pimpinan baru akan menaikkan lagi nama jabatan dan meningkatkan semangat kerja pegawainya.


Sekian,terima kasih kepada K/U dan semua yang terlibat serta tidak dilupakan juga jasa-jasa K/U yang sebelum ini.




Friday, May 20, 2011

SMO - Pengembangan Teknologi Pertanian

Salam,

Let us share this information : others link related such as : http://hortikulturpahang.blogspot.com/




  1. SMO Nangka

  2. Pengenalan CPS

  3. GAP Analysis

  4. Amalan Kultura Pengurusan Tanaman

  5. CPS - Buah

  6. CPS - STL

  7. GAP tanaman pisang

  8. Fertigasi

Hope can give benefits to all.


Allahua'lam..


Wednesday, May 18, 2011

Aktiviti Sana Sini Tahun 2011

Salam 1 Malaysia,

Walaupun blog ini sudah lama menyepi atas kesibukan penulis,dan baru kini dapat berkongsi cerita...

12hb Mei 2011 (Khamis) :

Hands on merangkap jamuan pertukaran/kenaikan pangkat penanggung kerja En.Anuar Juhaidee b Nordin. Berlangsung di SPK Bukit Goh Kuantan.



















































13hb Mei 2011 (Jumaat) :

Satu Program Ceramah Motivasi Pekerja telah berlangsung di perkarangan bangunan Artocarpus PPTP Kg. Awah,Chenor. Penceramah jemputan kita adalah Ustaz Sh Fakhrulrazi.

Tajuk khusus tidak ditetapkan cuma memberi garis panduan tentang keperluan menerapkan "Ibadah dalam Pekerjaan".

Sinopsisnya;

Pengisian lontaran idea-ideanya sangat bernas dan memberi kesan yang mendalam jika diberi penghayatan yang sepenuh hati dan seikhlasnya.

* Konsep Ibadah dalam pekerjaan iaitu mencari yang halal sangat perlu dipraktikan
untuk melahirkan insan yang suci luhur.

* Penekanan kepada amalan Niat dalam melakukan sesuatu pekerjaan - "Ibadah"

* Dan menghindarkan diri daripada segala tegahan Allah swt terutama dalam aspek
mencari yang halal dalam pekerjaan


Terima kasih kepada ustaz,insyaallah ada umur panjang dan kesempatan yang lain program sebegini akan diteruskan pada masa datang.

Semoga ilmu yang disampaikan menjadi panduan dan membuka pintu hati dalam ibadah seharian.


Kenangan diabadikan;

















16hb Mei 2011 (Isnin) :

Pengisian kekosongan jawatan KuasaUsaha Hortikultur Pahang telah diisi,penggantinya En.Mohd Desa b. Yassin. Asal usulnya masih belum diselidiki oleh pasukan Paparazzi popular.

Harapan kami,semoga dengan ketibaan K/U baru ini akan lebih terbela nasib unit Hortikultur Pahang bagi melancarkan visi dan misi jabatan.


Bersambung........................










































































































































































































.