Pages

Monday, June 6, 2011

Status Isu Karat nangka kini.


Perihal tentang nangka boleh dirujuk di mana-mana sumber antaranya:

  1. http://animhosnan.blogspot.com/search/label/NANGKA
Namun isu yang sekarang menjadi "Focus area on Innovation" Jabatan pertanian ketika ini, yang turut diberi tumpuan adalah permasalahan bagi topik yang akan kita bincangkan ini.

Terdapat bermacam teori dan andaian daripada pemerhatian dan kajian oleh para pegawai di jabatan Pertanian mahupun orang perseorangan yang terlibat secara langsung dalam industri tanaman ini.

Pokok pangkal kepada yang membawa kepada isu ini hangat diperkatakan adalah berikutan pasaran produk ini yang semakin meningkat dan peningkatan juga dari keluasan penanaman oleh pengusaha diseluruh negara.

Adalah menjadi satu cabaran kepada pegawai pertanian di Jabatan Pertanian khususnya bagi bahagian teknikal yang terdapat dalam mendalami dan merungkai persoalan yang wujud daripada fenomena getir ini yang mana boleh meruntuhkan pasaran produk nangka Malaysia kelak.

Klon Tekam Yellow asalnya di ambil di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPTR), yang mana mula ditanam di pusat itu pada tahun 1992 dengan sistem tanaman tunggal dan seterusnya ditanam secara meluas di Pahang barat mulai 2007 sehingga diisytiharkan nangka sebagai tanaman kluster bagi negeri Pahang.

Unit Hortikultur Negeri Pahang telah memain peranan untuk pengeluaran benih nangka klon Tekam Yellow untuk keseluruhan permintaan penanaman nangka.
Namun bila isu ini timbul dalam sekitar 1999 di PPTR,iaitu dimana asalnya benih nangka diperolehi oleh unit Hortikultur, unit bertanggungjawab bagi menyiasat dan membuat tinjauan serta mendapatkan kerjasama daripada pegawai di PPTR untuk menjamin mutu yang telah unit kami bekalkan.

Pada asalnya satu petak tinjauan telah dibuat oleh ubit Hortikultur Pahang di SPK Bukit Goh,kuantan yang bermula pada 1 Julai 2008. Rekod yang diambil melibatkan bancian buah dan data karat. Penilaian kejadian karat isi nangka ini dibuat berdasarkan indeks taburan hujan semasa aktiviti pembungkusan buah, pembajaan dan rekod (%) kejadian karat isi nangka serta lain-lain maklumat yang berkaitan tanaman.

Keputusan di Spk Kg Awah : Dengan pengurusan teratur dan mengikut pakej tanaman nangka serta penambahan penggunaan baja foliar, telah memberi kesan kepada kualiti buah, dimana kejadian karat isi nangka telah kembali pulih pada ketika itu.

keputusan di PPTR : Setelah pengesyoran terhadap perlaksanaan pembajaan dan pengapuran dilaksana, didapati berlaku pengurangan kesan karat isi nangka.

Namun kini, fenomena dulu kembali seolah-olah menjadi satu topik yang baru diperkatakan.

Ruang lingkup bagi kajian dan tinjauan terdahulu dan sehingga kini dapat dikatakan masih belum terdapat sebarang penemuan dan keputusan sebenar yang benar-benar mampu untuk dirumuskan akan penyelesaian kepada kejadian karat isi nangka (Tekam Yellow).

Pengesyoran :
Satu pasukan petugas khas daripada setiap bahagian teknikal perlu bekerjasama menanggani isu ini.

Dato PPN Jabatan Pertanian Negeri Pahang sering menimblkan isu ini dan menggesa bahagian teknikal bagi mencari jalan menyelesaian segera sebelum runtuhnya pasaran produk ini dan memberi impak buruk kepada pengusaha.

Namun.kekangan kewangan yang melanda seluruh jabatan sedikit sebanyak telah melambatkan proses kepada kajian menyeluruh tersebut.
Walaubagaimanapun, tidak menjadi halangan kepada pegawai di PPTP Kg.awah menjalankan rutin mengambilan data dan maklumat berkaitan agronomi dan faktor persekitaran/cuaca yang boleh memberi 'clue' @ tanda yang memungkinkan corak serangan karat isi nangka ini.



..............................kajian mahupun tinjauan yang tidak mengenal jemu,
...........................................dalam merungkai setiap permasalah.

0 comments: