Pages

Thursday, June 30, 2011

KEHILANGAN KAKITANGAN JABATAN PERTANIAN PAHANG


Kami digemparkan dengan kejadian kehilangan salah seorang pegawai daripada jabatan Pertanian Pahang pada hari ini...

Ketika rehat beberapa staf Hort.Pahang Barat yang beruniform jabatan keluar minum dan terserempak dengan seorang lelaki yang menegur mereka dan menceritakan perihal adiknya yang hilang hampir 3 minggu..

Apabila diteliti gambar lama yang ditunjukkan beliau ternyata pegawai tersebut dikenali.

Menurut sumber, pegawai tersebut hilang dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat di ibupejabat,KOMTAR Kuantan. Malangnya kelibat beliau tidak ada untuk agenda terbabit.

laporan polis telah dibuat oleh ketua jabatan Pertanian Daerah Lipis dan ahli keluarga beliau.

Sehubungan dengan itu, sesiapa yang mengenali beliau dan ada yang terserempak atau berjumpa beliau harap dapat menghubungi Pejabat Pertanian Daerah ataupun ibupejabat di Kuantan ataupun ahli keluarga beliau.

Di harapkan beliau selamat dan kembali bekerja.

0 comments: