Pages

Friday, June 10, 2011

Mesyuarat Pelan Pelaksanaan Pengurusan Plot Rambutan untuk tujuan Pengeksportan

10hb Jun 2011 jam 9pagi bertempat di perkarangan bangunan Artocarpus, K/U En. Mohd Desa Yasin mengambil inisiatif mengadakan pertemuan dan kedatangan beliau buat kali ke-3 ke  PPTP Kg.Awah.

Pertemuan kali ini,dengan penyediaan minit mesyuarat membincangkan pelan tindakan pihak pusat yang akan diambil bagi tujuan tersebut.

Beliau turut memberi taklimat berkaitan Bengkel berkaitan tajuk diatas untuk pemahaman semua.
Pn.Gan yang turut hadir bersama beliau turut sama memberi penerangan.

Agenda:
  1. SOP bagi Rambutan - yang diberikan oleh pihak UPT
  2. Jadual Pemantauan & Gerakkerja pengurusan ladang (rambutan) - perlu disediakan mengikut keperluan perancangan dan pelaksanaan.
    • Membincang secara satu persatu pelan tindakan pengurusan ladang
  3. Masalah  input & mekanisasi
    • keperluan input (baj&racun)
    • Treler
    • Sistem pengairan - pembelian (~ 6 gulung = RM2000/-) - RM250/gulung (16mm=200m,import/biru)
  4. Proses pengendalian bagi lepas tuai & pengredan
    • FAMA - (cool trak) perlu diberi makluman ( tindakan Pn.Gan untuk semak dengan pihak Putrajaya)
    • JPNP- bakul untuk tuai penuaian
    • UPT - pemberian kod
  5. Kursus berkaitan ;
    • Penceramah daripada pihak FAMA akan dipanggil (21hb Jun 2011)
    • 3 topik akan diberi penekanan
      • 3P
      • Pengeksportan
      • Postharvest & Handling
    • Melibatkan semua kakitangan Hortikultur negeri Pahang & menjemput seorang pegawai pemasaran JPNP.
    • Tentatif ceramah
    • Hororium kepada penceramah mengikut standard.
    • Surat jemputan daripada pihak Hortikultur Pahang Barat (sk: kepada K/U)
  6. Isu ERS karat Isi nangka - cadangan akan diterus sebaik sahaja input diperolehi
    • K/U mencadangkan 2 plot pemerhatian diadakan ( mengikut sukatan pakej (3kg/pkk/thn) dan (5kg/pkk/thn)) - Jadual pengambilan data/gerak kerja.
    • UPT akan meneruskan 2 plot pemerhatian di lot yang berbeza dibawah pemantauan pegawai mereka.
    • K/U akan memberi penerangan kepada Dato PPN.
  7. Mesyuarat ditangguhkan jam 11.50am.


..............................................................muafakat membawa berkat.

0 comments: