Pages

Wednesday, June 22, 2011

Program Ceramah daripada FAMA

Salam 1 Malaysia,

Pada 21hb Jun 2011 (Selasa), pihak Hortikuktur Pahang Barat bersama PPTP Kg.Awah telah menganjurkan satu program ilmiah yang mampu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pegawai dan kakitangan dalam aspek pengendalian lepas tuai dan pemasaran, yang telah disampaikan oleh pegawai FAMA.

Sesi Pertama : Peraturan 3P &  standard pengeksportan
Penceramah : En. Hasanuddin Othman
Nota : Peraturan 3P & standard pengeksportan

Sesi Ke-2: Pengendalian Lepas tuai & Pemasaran
Penceramah : En. Lokman b Md Esa.
Nota (1) : Tanaman Nangka
         (2) : Manggis
         (3) : Rambutan

Sesi ke-3 : Hands on (di ladang)

Sesi program kali ini turut melibatkan pegawai-pegawai daripada Negeri dan kedatangan mereka pastinya dapat menyalurkan infomasi ini kepada golongan sasar dengan lebih berkesan di samping meningkatkan pengetahuan kepada pegawai sendiri khususnya kepada pihak penganjur program.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Dato PPN Pahang, Dato Hjh Kamariah dan KU serta seluruh pegawai dan kakitangan samada secara langsung dan tidak langsung yang menjayakan program tersebut.

Ucapan ribuan terima kasih kepada pegawai FAMA (penceramah) yang sudi datang untuk menjayakan sesi kali ini.

Semoga misi Jabatan dan Kementerian Pertanian & Industri Asas tani dapat merealisasikan pembangunan negara.

Gambar-gambar sebelum dan semasa program.

Persiapan program (21hb/6/2011)

Tuan MC bertukar kepada Tuan Technician.

KU memberi kata-kata aluan

Sesi Pertama : En.Hasanuddin Othman (FAMA)

Pn Gan berbincang dengan En.Hassanuddin dari FAMA

Sesi Ke-2 : En Lokman b. Md Esa.


Sesi Ke-3 : Hands on di ladang

Sebahagian peserta negeri yang hadir - kehadiran hampir 50 orang
Risalah yang dibekalkan.

Pen.Pengarah Hortikultur Pahang Timur En.Faizul bersenda gurau dengan Pn.Roziana


Jamu selera di tengahari dengan ikan patin tempoyak..














.............................................................ilmu dicari dan dikongsi
..............................jika disampai & dimanfaatkan  lagi berkat


0 comments: