Pages

Wednesday, June 15, 2011

INDEKS KEMATANGAN BUAH

Apa yang kita faham dengan tajuk berikut?

Indeks
Jika dirujuk didalam carian maksud di dalam Laman DBP, kata nama ini mempunyai berbagai takrifan kata.Namun merujuk kepada situasi kita ini ianya bersinonim dengan senarai,daftar yang merujuk kepada takrifan keadaan tersedia (Kamus Dewan edisi empat),

Kematangan Buah
Tesarusnya sinonim dengan masak,tua,ranum. Dan menurut takrifan perihalan kemasakan, (Kamus Dewan Edisi Empat)
Dalam aspek Agronomi  Tumbuhan;
Ianya lebih merujuk kepada pemetikan buahan yang telah sampai peringkat untuk dituai mengikut indeks kematangan yang bersesuai bagi tujuan pemasaran.

Terdapat 2 ketentuan kematangan iaitu ;
  1. Physiological maturity
  2. Economical maturity.
What is important if you are the seller of fresh produce is the economical maturity. The produce is economically mature if it has reached the stage when it appeals to the market.

Physiolagical maturity is the stage of the plant it is capable of reproducing. An physiologically mature crop may be economically mature, but;

not all economcally mature produce are physiological mature.

Pengelasan Indeks kematangan adalah berbeza bagi setiap buah-buahan dan juga pelbagai jenis sayuran.

Pengendalian Lepas tuai
merupakan peringkat terpenting dalam proses pengeluaran hasil ladang dalam usaha untuk "memaksimumkan pulangan dengan meminimumkan kadar kerosakan dan mengawal mutu buah".

Pengendalian Pasca tuai
adalah pergerakan hasil tuaian daripada peringkat penuaian hingga ke peringkat pengguna. Pengendalian ini melibatkan operasi ;
  • Penuaian
  • pengendalian ladang
  • pengredan
  • pembungkusan
  • penyimpanan
  • pengangkutan
  • pemprosesan primer dan
  • pengagihan
Pengawalan mutu hasil hendaklah diberi perhatian pada setiap peringkat pengendalian.

Penuaian;
merupakan operasi awal dalam pengendalian lepas tuai.

Aspek penting menentukan tahap kematangan yang sesuai dan cara penuaian,
*Tahap kematangan ketika penuaian mempengaruhi mutu selepas tuai dan ketahanan semasa penyimpanan.

Cara Mengenal kematangan:
Menentukan tahap kematangan yang optimum adalah penting bagi menentukan hasil yang dipetik dapat disimpan lama dan masak dengan sempurna.

Penentuan kematangan yang tidak tepat akan menyebabkan hasil tidak dapat disimpan lama,mudah rosak,masak dengan tidak sempurna serta rendah mutunya.

Kaedah menentukan kematangan yang diamalkan oleh penanam adalah seperti;
  1. Fizikal & Visual
  2. Kaedah Pengiraan
  3. Ujikaji Kimia
  4. Indeks warna

Contoh tanaman;
  1. Ciku (Manilkara achras (Mill.) Foeberg)

    • Kematangan :
      • Pokok ciku biasanya mengeluarkan hasil pada tahun ke-2 hingga 3 selepas ditanam. Banyaknya buah yang terbentuk bergantung kepada kadar pendebungaan dan persenyawaan. Buah ciku matang dalam tempoh 9 - 10 bulan selepas berbunga.
    • Indeks Penuaian :
      • Buah yang matang sahaja dituai dan ciri-ciri fizikal yang menentukan kematangan adalah didapati pada kulit buah dan getahnya

(Sumber rujukan) ; http://jpn.penang.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=62%3Aciku&catid=23%3Abuah-buahan&Itemid=54&lang=ms


2.  Mangga (Mangifera indica L)


    • Kematangan
      • Mangga mengambil masa 13 – 16 minggu untuk matang dari masa pembentukan buah bergantung pada klon
      • Panduan peringkat memungut hasil adalah seperti berikut:
        • Buah mencapai umur yang ditetapkan untuk beberapa klon dan isi berwarna kuning.
        • Bahagian atas buah membengkak dan bulat dan leper dan hujungnya seakan berisi.
        • Buah-buah yang telah dipetik tenggelam dalam air (cara apungan). 
Indeks 1: Buah muda berwarna hijau, kusam dan jika dimasukkan ke dalam bekas berisi air (ujian densiti)  
               buah akan timbul.  Tidak sesuai untuk dipasarkan.

Indeks 2: Hijau muda berkilat.  Buah telah matang dan warna hijau.

Indeks 3: Hijau kekuningan

Indeks 4: Kuning Kehijauan

Indeks 5: Kuning.  Buah berwarna kuning keseluruhan dari pangkal hingga hujung buah.

Indeks 6: Kuning sedikit jingga.  Buah telah terlalu masak dan lisut.  Tidak digalakkan untuk dipasarkan.           
 
SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED MANGGA (sumber:  FAMA)


3. Nangka (Artocarpus heterophylus)



    • Kematangan
      • Nangka biasanya dituai berdasarkan tarikh selepas buah dibungkus. Buah nangka mula dibungkus apabila saiznya mencapai 8-10 cm panjang atau 2 minggu selepas berputik.
      • Biasanya mereka melihat perubahan sifat luar buah untuk menganggarkan peringkat kematangan buah nangka. 
      • Duri nangka kelihatan tajam dan rapat antara satu sama lain pada peringkat muda.  Apabila buah mencapai peringkat matang, duri semakin tumpul dan menjarak antara satu sama lain. 
      • Buah yang matang juga mempunyai tangkai yang kelihatan mengecut dan bahagian absis pada tangkal buah membengkak.  Apabila buah dijentik atau diketuk, buah nangka yang matang mengeluarkan bunyi kosong (tidak padat).
Indeks Kematangan bagi buah Nangka
    • Indeks 1 Tidak matang.  Keseluruhan permukaan kulit berwarna hijau sepenuhnya.  Keadaan duri masih rapat dan tajam.  Belum sesuai untuk dipasarkan.
    • Indeks 2 Matang.  Sebahagian permukaan kulit berwarna hijau muda atau kuning kehijauan.  Duri semakin lebar tetapi masih agak tajam.  Sesuai untuk dituai dan akan masak dalam tempoh 3-4 hari.
    • Indeks 3 Masak.  Permukaan kulit berwarna hijau muda atau kuning kehijauan.  Duri semakin  lebar dan kurang tajam.  Buah mengeluarkan bau aroma yang agak kuat.
    • Indeks 4 Buah ranum.  Keseluruhan permukaan kulit berwarna kuning kemerahan.  Buah mengeluarkan bau aroma yang kuat.

4. Rambutan (Nephelium lappaceum)



    • Kematangan
      • Buah rambutan mengambil masa 100-130 hari untuk matang ( dari bunga kembang hingga buah masak).
    • SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED sumber:  FAMA Indeks 1:
      Hijau.  Buah belum matang.  Rambut dan kulit hijau dengan akar rambut agak hijau keputihan.  Isi sangat pejal, kering dan sangat masam.
      Indeks 2:
      Hijau pucuk pisang.  Buah matang, pringkat pecah warna.  Rambut hijau muda dengan akar rambut berwarna kuning kesumba.  Isi masam.
      Indeks 3:
      Kuning kesumba.  Buah matang.  Rambut hijau pucuk pisang dengan akar rambut berwarna kuning kesumba.  Isi pejal dan masam.
      Indeks 4:
      Merah kesumba.  Buah masak.  Rambut hijau pucuk pisang dengan akar rambut berwarna merah kesumba.  Isi pejal dan sagak manis
      Indeks 5:
      Merah.  Buah terlalu masak.  Rambut merah dengan warna hijau pucuk pisang pada hujung.  Isi pejal, manis dan peringkat rasa terbaik.
      Indeks 6:
      Merah tua.  Buah terlalu masak.  Rambut merah tua.  Isi agak longgar daripada kulit, agak lembik, banyak jus dan rasanya agak tawar.


......................................................setiap jenis tanaman adalah berbeza indeks kematangan

0 comments: