Pages

Showing posts with label Rangka kerja. Show all posts
Showing posts with label Rangka kerja. Show all posts

Friday, July 15, 2011

Melawat Petak Pemerhatian.

En.Rahim memberi penerangan di petak pemerhataian T2R2
Selesai pusing ladang jamu makan durian pulak.
15hb Julai 2011 (Jumaat); 10.30 pagi  kunjungan kerja KU ke PPTP Kg.Awah.

Melawat petak pemerhatian dan mendengar penerangan berkaitan pengurusan ladang oleh En.Rahim Ab Awang. dan En.Khalil Rani.

.................................................................................Pemimpin melalui Tauladan

Wednesday, June 22, 2011

Update ERS isi Karat nangka

Salam 1 Malaysia,

Pada 20hb Jun 2011(Isnin),KU sekali mempengerusikan mesyuarat mengemaskini keperluan dan gerak kerja bagi perlaksanaan ERS ini yang akan bermula mengikut fisiologi pokok nangka bagi pengeluaran pucuk baru (awal bulan Ogos 2011).
KU bersama dengan team ERS Hortikultur Pahang Barat

KU bersama dengan Pen.Pegawai Pertanian En.Saiful merangka gerak kerja ERS

Perjalanan mesyuarat sangat menarik berikutan penglibatan semua ahli,khususnya daripada KU,En Mohd Desa b Yassin yang sangat aktif dan berpengalam serta komited dengan perlaksanaan tugasan ini.
Perlaksanaan petak pemerhatian ini akan bermula 1/8/2011 sehingga 2012.
Segala keperluan input dibuat pengiraan mengikut aturan berpandukan manual/pakej nangka terkini, disamping memasukkan keperluan bagi rawatan untuk ERS ini.

Pelaksana petak ini akan melibatkan semua pegawai untuk setiap rawatan (T0,T1,T2 & T3) dengan 5 replikasi (pokok).
KU juga begitu teruja untuk melibatkan diri,di mana rangka kerja ini akan dibawanya juga ke Pusat Pengembangan Teknologi Pertanian di Bukit Goh,Kuantan.

Di sini nanti kita akan dapat melihat keputusan pemerhatian dari sudut pandangan yang berbeza berikutan keadaan setempat yang berbeza berkemungkinan akan mempengaruhi keputusan,misalnya. daripada perbezaan siri tanah ( PPTP Kg.Awah mempunyai siri tanah segamat manakala PPTP Bkt.Goh bersiri kuantan)

Jabatan Pertanian Negeri Pahang juga tidak ketinggal memainkan peranan penting bagi perlaksanaan petak pemerhatian ini untuk kepentingan bersama dalam menjalankan misi jabatan kepada golongan sasar.

 Mesyuarat telah menemui kata sepakat dan akan menyiapkan rangka kerja yang lengkap untuk KU membentangkan kepada Dato PPN sebelum 27hb Jun 2011.

Dan perbincangan ini telah ditangguhkan jam 6.15 petang.

Friday, June 10, 2011

Mesyuarat Pelan Pelaksanaan Pengurusan Plot Rambutan untuk tujuan Pengeksportan

10hb Jun 2011 jam 9pagi bertempat di perkarangan bangunan Artocarpus, K/U En. Mohd Desa Yasin mengambil inisiatif mengadakan pertemuan dan kedatangan beliau buat kali ke-3 ke  PPTP Kg.Awah.

Pertemuan kali ini,dengan penyediaan minit mesyuarat membincangkan pelan tindakan pihak pusat yang akan diambil bagi tujuan tersebut.

Beliau turut memberi taklimat berkaitan Bengkel berkaitan tajuk diatas untuk pemahaman semua.
Pn.Gan yang turut hadir bersama beliau turut sama memberi penerangan.

Agenda:
  1. SOP bagi Rambutan - yang diberikan oleh pihak UPT
  2. Jadual Pemantauan & Gerakkerja pengurusan ladang (rambutan) - perlu disediakan mengikut keperluan perancangan dan pelaksanaan.
    • Membincang secara satu persatu pelan tindakan pengurusan ladang
  3. Masalah  input & mekanisasi
    • keperluan input (baj&racun)
    • Treler
    • Sistem pengairan - pembelian (~ 6 gulung = RM2000/-) - RM250/gulung (16mm=200m,import/biru)
  4. Proses pengendalian bagi lepas tuai & pengredan
    • FAMA - (cool trak) perlu diberi makluman ( tindakan Pn.Gan untuk semak dengan pihak Putrajaya)
    • JPNP- bakul untuk tuai penuaian
    • UPT - pemberian kod
  5. Kursus berkaitan ;
    • Penceramah daripada pihak FAMA akan dipanggil (21hb Jun 2011)
    • 3 topik akan diberi penekanan
      • 3P
      • Pengeksportan
      • Postharvest & Handling
    • Melibatkan semua kakitangan Hortikultur negeri Pahang & menjemput seorang pegawai pemasaran JPNP.
    • Tentatif ceramah
    • Hororium kepada penceramah mengikut standard.
    • Surat jemputan daripada pihak Hortikultur Pahang Barat (sk: kepada K/U)
  6. Isu ERS karat Isi nangka - cadangan akan diterus sebaik sahaja input diperolehi
    • K/U mencadangkan 2 plot pemerhatian diadakan ( mengikut sukatan pakej (3kg/pkk/thn) dan (5kg/pkk/thn)) - Jadual pengambilan data/gerak kerja.
    • UPT akan meneruskan 2 plot pemerhatian di lot yang berbeza dibawah pemantauan pegawai mereka.
    • K/U akan memberi penerangan kepada Dato PPN.
  7. Mesyuarat ditangguhkan jam 11.50am.


..............................................................muafakat membawa berkat.

Monday, June 6, 2011

Perbincangan ERS Karat & Rambutan untuk eksport

Dapat panggilan daripada K/U ketika waktu rehat pagi,beliau mahu membincangkan berkaitan isu bagi perkara terbabit.

Rangka kerja K/U yang kali ke-2 di PPTP Kg.Awah.
Dalam jam 2 petang, K/U telah sampai.
Turut sama dalam perbincangan Ketua Stesen Pn.Gan Hwee Yiam, Penolong Pegawai Pertanian, En Saiful Afizal selaku penyelaras projek,Pembantu pertanian kanan (KUP) En Khalil dan En.Abd Rahim (Pengurus ladang).





Isu pertama dibangkitkan; pemahaman terhadap ERS yang dirangka (terdapat pindaan terutama dari segi pengiraan penggunaan baja)-telah diambil tindakan.
Unit Hortikultur sebagai "Key person" bagi masalah ini dalam "Focus on Innovation Development"
Taklimat ringkas telah disampaikan oleh penyelaras projek dan dibantu oleh Pn.Gan.
Persoalan masalah ini yang masih lagi tiada rumusan penamat.
-adakah sebab fisiologi
-adakah faktor serangan kulat
-mahupun amalan agronomi


Di dapati 30% isi nangka terdapat karat.(bijinya juga bercambah) 

Isu kedua; berkaitan masalah serangan fungus bagi buah rambutan dan keperluan input yang masih dalam tindakan pihak Putrajaya.
9.6.2011(Khamis),beliau akan menghadiri Bengkel bagi pengeksportan rambutan ke U.S (Pn.Gan akan ikut serta kerana pusat tercalon bagi tujuan terbabit),

Black mildew (Meliola nephelii) by fungus.

Dan hal-hal lain yang berkaitan pengurusan dan aktiviti Unit Hortikultur yang lain.
Akhirnya lawatan ladang.

Wednesday, June 1, 2011

Lawatan Kerja

Salam 1 Malaysia,

Semalam (31hb Mei 2011),dalam jam 3 petang satu pasukan pegawai daripada Putrajaya telah turun ke PPTP Kg.Awah untuk rangka kerja tinjauan diketua oleh Pn Nor Sham,dari unit pemasaran Bahagian Hortikultur dan pegawai daripada Bahagian Eksport-Import di Bahagian Perlindungan Tanaman Putrajaya.

Lawatan tersebut diiringi oleh Penolong Pegawai Pertanian,En Saiful Afizal.

Tinjauan mereka adalah mencakupi keperluan bagi ladang untuk pengeluar rambutan yang akan dipasarkan.



Selain itu mereka juga meninjau petak nangka yang akan dijalankan pemerhatian 'karat nangka'


......................................................................need to maintain
..........................................need to follow up.

Thursday, May 26, 2011

LAWATAN KERJA K/U HORTTIKULTUR PAHANG YANG BARU.

Warga Hortikultur Pahang khususnya Unit Pahang Barat mengalu-alukan kedatangan KuasaUsaha Hortikultur Pahang yang baru,iaitu En.mohd Desa b Yassin, yang melaporkan diri pada 16hb Mei 2011.

Unit Hortikultur Pahang Barat menerima lawatan kerja beliau pada 25hb Mei 2011 (Rabu).
Rangka kerja beliau yang daripada Putrajaya singgah di Pusat Pengembangan Teknologi Pertanian Jambu Rias,Bentong dan bertolak pula ke PPTP Kg Awah,Chenor,Maran.

Di PPTP Jambu Rias, ketua pusat sendiri,En Afandi Ibrahim telah memberi penerangan tentang pusat dan justifikasi kerja serta masalah dikawasan khidmatnya.

Manakala,Unit Hortikultur Pahang Barat yang berpejabat di PPTP Kg Awah,Penolong Pengarahnya sendiri,iaitu Pn.Noraidah bt Hj Musa telah memberi taklimat keseluruhan cawangan seliaanya.

Manakala ketua stesen PPTP Kg Awah,Pn Gan Hwee Yiam turut serta memberi penerangan dan membuat lawatan ladang bersama beliau.

Diharap dengan pengurusan tampuk pimpinan baru akan menaikkan lagi nama jabatan dan meningkatkan semangat kerja pegawainya.


Sekian,terima kasih kepada K/U dan semua yang terlibat serta tidak dilupakan juga jasa-jasa K/U yang sebelum ini.