Pages

Monday, July 11, 2011

SALAK (Salacca edulis)

Salak @ 'snake fruit' tergolong dari order Spadiciflorae dan keluarga Palmae.Terdapat lebih dua puluh (20) spesis dalam genus Sallaca dan hanya empat (4) spesis sahaja yang mempunyai nilai ekonomi. Antaranya ialah salak tempatan (Salacca glabbrescens), salak Indonesia (Salacca edulis) , salak Padang Sidempuan (Salacca sumatrana) dan salak Rekam (Salacca wallinchiana) yang berasal dari Thailand.

Buah salak matang
Jambak bunga jantan


jambak jantan yang dikumpul untuk pendebungaan


Bunga jantan di masukkan kedalam campuran air

Pendebungaan dengan campuran air

Teknologi pendebungaan ini perlu melalui beberapa kaedah iaitu:


  1. Kerja mengutip jambak bunga jantan yang sedang mengorak dan dijalankan pada waktu pagi kerana jambak bunga masih kembang.
  2. Jambak bunga jantan yang dikutip akan dijemur selama 3 jam dan diketuk di dalam bekas untuk mengumpul debunga tersebut.
  3. Debunga yang dikumpul, dimasukkan ke dalam bekas penyembur air 1 liter dengan kadar satu sudu sebotol.
  4. Botol penyembur digoncang dan disembur pada bunga betina dengan kadar 3-5 kali semburan untuk setiap jambak. Sebotol larutan debunga sebanyak 1 liter boleh digunakan untuk 30-40 jambak bunga betina.
Sumber : Sebahagian Entri ini diambil daripada artikel untuk paparan majalah JPNP, “TEKNOLOGI PENDEBUNGAAN BERBANTU SALAK,MENGGUNAKAN CAMPURAN DEBUNGA DAN AIR”
oleh En.Mohd Ali Hanafiah bin Mazlan, Unit Hortikultur Raub,Pahang Barat

0 comments: