Pages

Thursday, July 21, 2011

Latihan SMO vs 'Hands on"

Istilah berikut begitu sinonim dengan kami pegawai-pegawai pengembangan & unit teknikal di Jabatan Pertanian.

SMO : Subject Matter Officer

Merujuk kepada pegawai-pegawai teknikal yang berkepakaran khas (termasuk daripada Jabatan Pertanian Negeri), untuk memberi ceramah/taklimat kepada pegawai-pegawai pengembangan di kawasan @ "Front Lines" bagi penyampaian teknologi/amalan pertanian baik.

Dimana akhirnya,  pegawai tersebut akan menyampaikan pula ilmu yang telah diperturunkan oleh latihan SMO tadi kepada golongan sasar dalam aktiviti "Hands on" mereka di kawasan masing-masing.

"Flow" @ susuran gerak kerja ini perlu difahami oleh pegawai-pegawai pengembangan bagi mengelakkan sistem kerja menjadi kelam kabut dan terdapat kepincangan, yang mana pegawai-pegawai pengembangan kawasan kurang mahir untuk menjadi penyampai maklumat jika hanya 'flow'nya hanya melibatkan pegawai latihan 'SMO' sahaja..

Dalam komunikasi berkesan, penyampaian maklumat perlu melibatkan interaksi banyak pihak yang terlibat dalam proses komunikasi tersebut,iaitu orang yang menyampaikan maklumat, mereka yang menerima maklumat dan media yang digunakan....semua elemen ini adalah faktor penting dalam kejayaan sesuatu penyampaian mesej daripada maklumat yang hendak disampaikan.

Gangguan dalam proses komunikasi juga boleh menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidak berjaya diterima @ difahami oleh golongan sasar. Dan gangguan tersebut meliputi banyak faktor, smada daripada penyampai mesej, media yang digunakan dalam penyampaian dan faktor sekitar/sosiologi setempat. Penyampai (pegawai pengembangan) perlu mempunyai sensitiviti yang peka untuk tujuan penyaluran mesej itu diterimapakai oleh golongan sasar...

..................................Etika Komunikasi Berkesan;

Jangan sombong jika anda berilmu,
Orang yang mulia adalah mereka yang berilmu
Dan tidak kedekut dengan Ilmunya.

0 comments: