Kedudukan plot-plot pemerhatian bagi Petak Pemerhatian Isi Karat Nangka di Pusat Pengembangan Teknologi Pertanian Kg. Awah.
Petak 8.
Kedudukan plot yang berhadapan jalan ladang sehingga ke replikasi 5 adalah berkecuraman ~15 darjah
Pemerhatian menggunapakai Rekabentuk Rawak Lengkap atau (CRD) "Completely Randomized Design."
Gerak kerja bagi pembajaan pusingan pertama telah pun dijalankan pada 1hb Ogos 2011 dan
9hb Ogos 2011 - aktiviti semburan baja foliar akan dilakukan...
Namun pada 8hb Ogos (pagi) mendapat panggilan telefon KU yang menyatakan berlaku kecelaruan tafsiran berkaitan pemilihan replikasi berdasarkan rekabentuk yang digunakan..???
.....................................................
KU akan membuat rujukan dengan pegawai yang pakar dalam hal ini.iaitu Tn Hj Nasir Warith...
Masalah jika dibuat pindaan:
1. Pembajaan telah dijalankan.
2. Perlu mengubah semula program gerak kerja.
3. Perlu mengambil kira pengeluaran putik yang melalui proses anthesis yang banyak (awal bulan Ogos).
Monday, August 8, 2011
Monday, August 1, 2011
SMO "Tanaman Nanas Kepadatan Tinggi"& Industri Nanas Global" - Part 7
Tajuk : (i)Tanaman Nanas Kepadatan Tinggi
(ii) Industri nanas global
Tarikh/masa : 28hb Julai 2011(Khamis)/9am
Bertempat di Akademi usahawantani,Chenor, Maran.
Disampaikan oleh : En. Saiful Afizal b Ghazali bersama En Mohd Khalil b Rani

Thursday, July 28, 2011
Sepetang Bersama Ustaz - Siri 2
Alhamdulillah,program yang dirancang berjalan baik dengan izinNya..
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Pengerusi majlis,En.Noor Azlan bin Othman membuka majlis dan mengalukan kedatangan al-Fadzil Ustaz Sh.Fakhrul Razi bin Sh.Omar buat siri kedua beliau untuk program ceramah bersama warga pertanian khususnya di Pusat Pengembangan Teknologi Pertanian Kg.Awah ini.
Sesi ceramah untuk siri 2 ini, beliau lebih memberi penekanan kepada lebaran kita untuk menuju kepada bulan Ramadhan almubarak..yang bakal menjelang tidak lama lagi,insyaallah.
antara perkara yang dapat dikupas sepanjang beberapa jam yang beliau sampaikan adalah:
Himah bulan Ramdhan dan Tertib menunaikan ibadah puasa.
Sesi ceramahnya sangat menyentuh perasaan & mengamit rasa keinsafan dihati.
Semoga bulan Ramdhan kali ini dapat mendidik hati-hati kita agar lebih cenderung kearah kebaikan dan keredhaanNya.
...........................................bersambung

Program Gotong Royong "weeding" di petak mesta
28hb Julai 2011 (7.15am) seluruh staf PPTP Kg.Awah dan pegawai Hortikultur Pahang Barat yang bertempat di PPTP Kg Awah bersatu tenaga menjayakan program yang dianjurkan.
Dengan aktiviti ini sudah pastinya dapat memastikan sebahagian petak tanaman dipulihara, kekurangan pekerja dan ketiadaan pekerja sambilan menyebabkan banyak aktiviti pemuliharaan terjejas..
Selain itu dengan aktiviti ini semoga dapat menjalinkan kerjasama dan hubungan baik sesama pekerja dan pegawai.
.....................................................................................Bersatu tenaga membanting tulang.

Thursday, July 21, 2011
Lawatan Sambil Belajar ke Ladang Nanas di Simpang Rengam,Johor
| Varieti Josaphine |
| MD2 |
| JOSA |
| N36 |
| Tunggul lama dibiarkan sebagai pancang tanam semula |
| sulur anak & sulur jambak |
| jarak 1 kaki |
| jarak 2 kaku |
| tunggul lama yang ditinggalkan |
| timbunan sulur |
| perlu dicelup dalam bancuhan racun kulat |
| Semburan campuran baja |
| buruh asing memunggah sulur pokok |
| Lori memunggahkan hasil ladang ke pasaran |
| Inovasi petani bagi varieti MD2 bagi mengelakkan rekahan buah akibat pancaran terik matahari |
| Varieti MD2 yang sangat manis & 'crunchy' isi tidak makan lidah (tajam) |
| Pegawai pertanian Hortikultur Pahang bersama pegawai Lembaga Nanas dan petani di rumah pengumpulan di ladang. |
Terima kasih dan penghargaan buat KU Hortikultur Pahang En.Mohd Desa b Yasin yang memberi kebenaran kepada pegawai daripada Hortikultur Pahang Barat bagi mengadakan sesi lawatan sambil belajar ini yang akan dijadikan rujukan beliau dalam sesi latihan SMO pada 28hb Julai 2011 nanti.
Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan buat pegawai daripada Lembaga Nanas yang sanggup mengiringi ahli kumpulan kami.
serta semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau pun tidak langsung.
..........................................................sekian,terima kasih
Amanat Terakhir daripada Pegawai Yang disegani...
Setinggi-tinggi penghargaan buat En.Nasaruddin bin Harun,PKC selam dalam perkhidmatan kerajaan dan selama bersam kami warga Hortikultur Pahang....
Jasa & Ilmu yang dicurahkan sentiasa di ingatan..
Contoh Pegawai yang sangat luhur & bertanggngjawab terhadap tugas yang diberikan...
Terima kasih atas perkongsian ilmu...

Latihan SMO vs 'Hands on"
Istilah berikut begitu sinonim dengan kami pegawai-pegawai pengembangan & unit teknikal di Jabatan Pertanian.
SMO : Subject Matter Officer
Merujuk kepada pegawai-pegawai teknikal yang berkepakaran khas (termasuk daripada Jabatan Pertanian Negeri), untuk memberi ceramah/taklimat kepada pegawai-pegawai pengembangan di kawasan @ "Front Lines" bagi penyampaian teknologi/amalan pertanian baik.
Dimana akhirnya, pegawai tersebut akan menyampaikan pula ilmu yang telah diperturunkan oleh latihan SMO tadi kepada golongan sasar dalam aktiviti "Hands on" mereka di kawasan masing-masing.
"Flow" @ susuran gerak kerja ini perlu difahami oleh pegawai-pegawai pengembangan bagi mengelakkan sistem kerja menjadi kelam kabut dan terdapat kepincangan, yang mana pegawai-pegawai pengembangan kawasan kurang mahir untuk menjadi penyampai maklumat jika hanya 'flow'nya hanya melibatkan pegawai latihan 'SMO' sahaja..
Dalam komunikasi berkesan, penyampaian maklumat perlu melibatkan interaksi banyak pihak yang terlibat dalam proses komunikasi tersebut,iaitu orang yang menyampaikan maklumat, mereka yang menerima maklumat dan media yang digunakan....semua elemen ini adalah faktor penting dalam kejayaan sesuatu penyampaian mesej daripada maklumat yang hendak disampaikan.
Gangguan dalam proses komunikasi juga boleh menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidak berjaya diterima @ difahami oleh golongan sasar. Dan gangguan tersebut meliputi banyak faktor, smada daripada penyampai mesej, media yang digunakan dalam penyampaian dan faktor sekitar/sosiologi setempat. Penyampai (pegawai pengembangan) perlu mempunyai sensitiviti yang peka untuk tujuan penyaluran mesej itu diterimapakai oleh golongan sasar...
..................................Etika Komunikasi Berkesan;
Jangan sombong jika anda berilmu,
Orang yang mulia adalah mereka yang berilmu
Dan tidak kedekut dengan Ilmunya.

Subscribe to:
Posts (Atom)