Pages

Friday, July 15, 2011

Putrajaya Flower & Garden Festival 2011 - "Floria"


Bermula 9hb Julai hingga 17hb Julai 2011,
bertempat di Waterfront,Presint 2,Putrajaya.
dengan tema : 'Roses are forever'

Kita hayati suasana sekitar festival berlangsung;




Melawat Petak Pemerhatian.

En.Rahim memberi penerangan di petak pemerhataian T2R2
Selesai pusing ladang jamu makan durian pulak.
15hb Julai 2011 (Jumaat); 10.30 pagi  kunjungan kerja KU ke PPTP Kg.Awah.

Melawat petak pemerhatian dan mendengar penerangan berkaitan pengurusan ladang oleh En.Rahim Ab Awang. dan En.Khalil Rani.

.................................................................................Pemimpin melalui Tauladan

Wednesday, July 13, 2011

VANILA (Vanilla planifolia Andrew)

 Kaedah / Cara Penanaman Pokok Vanilla
  1. Pokok Vanilla agak sensitif kepada keperluan cahaya matahari. Ia memerlukan lebih kurang 30% cahaya matahari untuk hidup. Tidak boleh terlalu terbuka atau terlalu redup. Sesuai jika ditanam di dalam dusun yang terdapat pokok2 besar menghalang kebanyakan cahaya matahari.
  2. Dari segi pembajaan , para pengusaha perlulah menggunakan haya baja organik sahaja boleh digunakan seperti tahi lembu, tahi kambing atau tahi kelawar. Elakkan guna tahi ayam kerana hama yang terdapat pada ayam tersebut.
  3. Tempoh matang yang dinyatakan adalah selewat-lewatnya 3 tahun. Pokok ini tiada jantan atau betina. Oleh yang demikian semua pokok berbuah (kalau kena cara jaganya) .
  4. Jarak antara pokok adalah 1m x 1m dengan sistem pengaliran air yang baik supaya pokok tidak ditenggelami air. 1 ekar boleh la tanam lebih kurang 4000 pokok

 contoh:-

 1 ekar = 4000 pokok

 10 pokok = menghasilkan dalam 1 kg (basah)

                    maka boleh dapat 4000 / 10 x 2= 800kg vanila basah

Dikeringkan menjadi 80kg (10kg basah dikeringkan menjadi 1 kg kering)

Pendapatan bersih RM1500/kg x 80kg = RM120,000 seekar semusim.
 * Dipetik drpd entry :

  
Berikut adalah Lawatan pasukan Pakar ke TKPM Lanchang

Tanaman Vanila oleh Skyt.Just Basic TKPM Lanchang
:



















Tanaman Vanila oleh Sykt.Just Basic TKPM Lanchang

 Berikut adalah berita yang berkaitan :





Sumber rujukan @ link yang boleh diikuti:
  1. http://www.vanilla.com.my/bm/currentprojects/pahang/
  2. http://animhosnan.blogspot.com/search/label/Vanilla
  3. http://www.pawaka19.com/2010/09/buah-vanila-sekilo-rm-1-500.html

Permata Yang Hilang



Buat Pn.Hjh.Norhayati binti Sarif , Semoga ikatan persaudaraan tetap dihati walaupun telah meninggalkan alam perkhidmatan sektor awam ini.

............terima atas segalanya........................

Sebutir Permata Yang Hilang.


Kenangan bersama En.Nasaruddin bin Harun.yang kini telah bersara.Semoga tuan sentiasa dirahmatiNya.
Terima kasih atas tunjuk ajar & panduan sepanjang berkhidmat.

Penjawat Awam - Saya Yang Menurut Perintah.

Senarai nama dan tempoh berkhidmat Pegawai dan Kakitangan Hortikultur Pahang Barat.

8 years,10 months,2 days Noraidah binti Hj Musa (G44)
3 years ,1 months,29 days Mohd Noor Azlan bin Othman (G41)
3 years,0 months,27 days Gan Hwee Yiam (G41)
2 years,1 months,24 days Mohd Saiful Afizal bin Ghazali
0 years,0 months,9 days Muhammad Aliff b Nordin(G27)
6 years,9 months,12 days Roziana bt Ramli (G27)
5 years,1 months,0 days Mohd Afandi bin Ibrahim (G27)
3 years,10 months,0 days Mohd Ali Hanafiah bin Mazlan (G27)*
31 years,10 months,0 days Sazali bin Daud (G22)
31 years,5 months,22 days Abd.Rahim bin Awang (G22)
29 years,8 months,8 days Mohd Khalil bin Rani (G22)
30 years,4 months,3 days Madzelan bin Mohamad Yusof (G22)
32 years,10 months,26 days Asiah bt Kadir (G17)
17 years,3 months,2 days Rohayah bt Kasim (N17)*
4 years,0 months,17 days Shahrul Azlan bin Yaakob (G17)
0 years,6 months,2 days Mohd Muzairy bin Mohd Yunus
17 years,7 months,12 days Wan Abd.Ariff bin Wan Hussin (R4)
7 years,5 months,24 days Adenan bin Yaacob (R3)
5 years,5 months,27 days Zainuddin b Mohamed Zin (R3)
9 years,5 months,9 days Zaharin bin Aris (R3)
14 years,11 months,28 days Jasni bin Shamsudin (R1)
5 years,5 months,27 days Mohd Sariff bin Osman (R1)
18 years,0 months,6 days Romlee bin Mohamad (R1)
5 years,5 months,28 days Jamaludin bin Mat Piah (R1)

* Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang bagi Tahun 2010 -

"Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) merupakan penghargaan Kerajaan kepada kakitangannya yang telah memberi mutu perkhidmatan atau kuantiti sumbangan yang melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Semua kakitangan Perkhidmatan Awam layak dipertimbangkan bagi APC kecuali pegawai-pegawai yang menjawat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).Penilaian dibuat setiap tahun oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia yang ditubuhkan di peringkat kementerian dan jabatan. Setiap penerima APC dianugerahkan Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi berjumlah RM1,000. Penerima anugerah juga mungkin diberi peluang untuk memajukan kerjaya dan mungkin dicalonkan untuk menerima anugerah kebesaran di peringkat Persekutuan dan Negeri."  


Merujuk kepada PKPA Bil.2.Tahun 2002 :






 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Sumber Rujukan :

http://www.malaysia.gov.my/BM/Relevant%20Topics/Employment%20and%20Training/GovernmentEmployees/AwardsPromotion/ExcellentServiceAward/Pages/ExcellentServiceAwards.aspx

 Kepada calon yang terpilih diucapkan sekalung Tahniah & Syabas diucapkan, semoga penganugerahan ini akan menyuntik lebih lagi semangat &motivasi diri dalam peningkatan prestasi kerjaya.
 
Kepada pegawai-pegawai & kakitangan yang tidak tersenarai, diharapkan tidak meletakkan nilai dan anggapan yang negatif dalam diri mahupun kepada organisasi,.
Semoga dapat memajukan lagi mutu dan prestasi kerja dimasa hadapan, berkhidmatlah dengan penuh ikhlas dan penuh tanggungjawab.
 
Kejayaan sesebuah organisasi/Jabatan bergantung kepada kerukunan & kerjasama semua warga kerja.kejayaan sesebuah pasukan tidak mungkin tercapai tanpa ada semangat sepasukan.
 
"Tepuk dada tanya diri" - setakat manakah sumbangan kita?
................Renung-renungkan & Fikir-fikirkan..........
 
p/s: Penulis Redha atas rezeki yang dilimpahkan Ilahi.

Monday, July 11, 2011

SALAK (Salacca edulis)

Salak @ 'snake fruit' tergolong dari order Spadiciflorae dan keluarga Palmae.Terdapat lebih dua puluh (20) spesis dalam genus Sallaca dan hanya empat (4) spesis sahaja yang mempunyai nilai ekonomi. Antaranya ialah salak tempatan (Salacca glabbrescens), salak Indonesia (Salacca edulis) , salak Padang Sidempuan (Salacca sumatrana) dan salak Rekam (Salacca wallinchiana) yang berasal dari Thailand.

Buah salak matang
Jambak bunga jantan


jambak jantan yang dikumpul untuk pendebungaan


Bunga jantan di masukkan kedalam campuran air

Pendebungaan dengan campuran air

Teknologi pendebungaan ini perlu melalui beberapa kaedah iaitu:


  1. Kerja mengutip jambak bunga jantan yang sedang mengorak dan dijalankan pada waktu pagi kerana jambak bunga masih kembang.
  2. Jambak bunga jantan yang dikutip akan dijemur selama 3 jam dan diketuk di dalam bekas untuk mengumpul debunga tersebut.
  3. Debunga yang dikumpul, dimasukkan ke dalam bekas penyembur air 1 liter dengan kadar satu sudu sebotol.
  4. Botol penyembur digoncang dan disembur pada bunga betina dengan kadar 3-5 kali semburan untuk setiap jambak. Sebotol larutan debunga sebanyak 1 liter boleh digunakan untuk 30-40 jambak bunga betina.
Sumber : Sebahagian Entri ini diambil daripada artikel untuk paparan majalah JPNP, “TEKNOLOGI PENDEBUNGAAN BERBANTU SALAK,MENGGUNAKAN CAMPURAN DEBUNGA DAN AIR”
oleh En.Mohd Ali Hanafiah bin Mazlan, Unit Hortikultur Raub,Pahang Barat