Pages

Friday, May 27, 2011

Maklumat Semasa

PENDAHULUAN :


Hortikultur merupakan satu daripada lima bahagian teknikal Jabatan Pertanian Negeri Pahang. Kewujudan bahagian ini adalah sebagai membantu perkhidmatan pengembangan dan penyampaian teknologi serta pengetahuan teknikal tanaman untuk mencapai standard Amalan pertanian Baik.


Bahagian ini juga telah mewujudkan beberapa Pusat Pengembangan Teknologi Pertanian (PPTP) diubah nama pada Januari 2010,yang mana asalnya adalah Stesen Pembangunan Komoditi (SPK) bagi membolehkan semua klien jabatan mendapat khidmat teknikal dan bahan rujukan serta sebagai tempat latihan. Terdapat empat (4) buah PPTP di Negeri Pahang iaitu di Janglau,Kuala Rompin, Bukit Goh,Kuantan dibawah penyelian Unit Hortikultur Pahang Timur manakala Kg Awah,Chenor,Maran dan Jambu Rias,Bentong pula dibawah seliaan unit Hortikultur Pahang Barat.


Dua pusat yang diiktiraf sebagai 'Center of Excellent' (COE) / Pusat Kecemerlangan Jabatan ialah di Janglau,Kuala Rompin dan Kg.Awah,Chenor,Maran.


Selain daripada pusat, Bahagian Hortikultur Pahang juga menempatkan tiga (3) unitnya iaitu di Unit Hortikultur Pahang Barat (berpejabat di PPTP Kg Awah), Pejabat Pertanian Daerah Raub dan Komplek Pertanian Tanah Rata,Cameron Highland.

Semua kakitangan yang bertugas di pusat dan unit Hortikultur telah ditugaskan untuk menjalankan aktiviti pengembangan dan latihan di lapangan (hands on) atau menyampaikan latihan mingguan (SMO/Subject Matter Officer)


Carta Ogranisasi Unit Hortikultur Pahang Barat


Carta Organisasi Bahagian Hortikultur Negeri Pahang
Carta Organisasi Bahagian Hortikultur negeri Pahang 2011


Maklumat berkaitan Pusat pengembangan Teknologi Pertanian Kg.Awah.


Maklumat berkaitan PPTP Jambu Rias

Semoga kami dapat mentransformasikan pengetahuan teknologi pertanian kepada semua.











0 comments: