Pages

Thursday, May 26, 2011

LAWATAN KERJA K/U HORTTIKULTUR PAHANG YANG BARU.

Warga Hortikultur Pahang khususnya Unit Pahang Barat mengalu-alukan kedatangan KuasaUsaha Hortikultur Pahang yang baru,iaitu En.mohd Desa b Yassin, yang melaporkan diri pada 16hb Mei 2011.

Unit Hortikultur Pahang Barat menerima lawatan kerja beliau pada 25hb Mei 2011 (Rabu).
Rangka kerja beliau yang daripada Putrajaya singgah di Pusat Pengembangan Teknologi Pertanian Jambu Rias,Bentong dan bertolak pula ke PPTP Kg Awah,Chenor,Maran.

Di PPTP Jambu Rias, ketua pusat sendiri,En Afandi Ibrahim telah memberi penerangan tentang pusat dan justifikasi kerja serta masalah dikawasan khidmatnya.

Manakala,Unit Hortikultur Pahang Barat yang berpejabat di PPTP Kg Awah,Penolong Pengarahnya sendiri,iaitu Pn.Noraidah bt Hj Musa telah memberi taklimat keseluruhan cawangan seliaanya.

Manakala ketua stesen PPTP Kg Awah,Pn Gan Hwee Yiam turut serta memberi penerangan dan membuat lawatan ladang bersama beliau.

Diharap dengan pengurusan tampuk pimpinan baru akan menaikkan lagi nama jabatan dan meningkatkan semangat kerja pegawainya.


Sekian,terima kasih kepada K/U dan semua yang terlibat serta tidak dilupakan juga jasa-jasa K/U yang sebelum ini.




0 comments: